Saturday 7 April 2012

sejarah UKM


Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan salah sebuah universiti yang terdapat di Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditubuhkan secara rasmi pada 18 Mei 1970. Kampus sementaranya dibuka di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Kini, kampus utama Universiti Kebangsaan Malaysia terletak di Bandar Baru BangiSelangor. Terdapat juga sebuah hospital pengajar, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di Cheras, Kuala Lumpur dan sebuah kampus cawangan, juga di Kuala Lumpur.
Keperluan pendidikan tinggi untuk orang Melayu mula dibangkitkan pada 1903 dalam Mesyuarat Majlis Raja-raja. Pada tahun 1917, Za'ba, seorang cendekiawan membangkitkannya dalam akhbar Lembaga Melayu. Ini diikuti pada tahun 1923, seorang tokoh pendidik A. Kadir Adabi, mengemukakan memorandum gagasan tersebut kepada DYMM Sultan Kelantan. Selepas merdeka, masalah perlanjutan pelajaran bagi pelajar sekolah menengah aliran Melayu dan sekolah agama Islam menyemarakkan lagi idea ini.
Kini UKM telah berkembang pesat dan mempunyai 13 buah fakulti,14 buah institut, 12 buah pusat, dan sebuah sayap swasta UKM Holdings Sdn Berhad. UKM merupakan salah sebuah daripada 4 universiti di Malaysia yang bertaraf universiti penyelidikan.[1]

Isi kandungan

  [sorokkan

[sunting]Asas penubuhan UKM

  • Penubuhan UKM adalah pendaulatan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu
  • UKM dilihat sebagai kemuncak memperkukuhkan sistem pelajaran kebangsaan.
  • UKM dapat menampung lulusan sekolah menengah aliran Melayu.
  • Melahirkan warganegara yang setianya kepada negara ini.
  • Mengeluarkan siswazah yang sihat, berpandangan serta berfikiran luas.

[sunting]Sejarah penubuhan

  • Tahun 1930-an lagi cendekiawan dan politikus Melayu mendesak Kerajaan British menyediakan kemudahan pendidikan tinggi kepada anak-anak Melayu. Antara tokoh tersebut ialah Abdul Kadir Adabi.Persatuan Guru-Guru Melayu Semenanjung pula mahukan pendaulatan Bahasa Melayu di peringkat universiti.
  • 1963 Seminar Bahasa dan Sastera telah diadakan . Hasil seminar ini mahukan universiti yang ‘benar-benar bercorak kebangsaan’. Sebuah universiti Islam turut dibincangkan.
  • 25 Ogos 1968, penubuhan Jawatankuasa Penganjur Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia. Tokoh yang terlibat ialah Zainal Abidin WahidAbu Bakar HamidTunku Shamsul BahrinSyed Husin Alidan lain-lain.
  • 18 Mei 1970 Universiti Kebangsaan Malaysia ditubuhkan secara rasmi. Kampus sementaranya terletak di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Universiti ini hasil citarasa ‘kebangsaan’ dan ’Islam’. Pelajar sulungnya seramai 192 orang. Ada 3 fakulti iaitu Fakulti Sastera, Fakulti Sains dan Fakulti Islam. Ramai tenaga pengajar diambil dari Indonesia.

[sunting]Senarai Fakulti, Institut dan Pusat

[sunting]Fakulti

  • Fakulti Ekonomi & Pengurusan
  • Fakulti Farmasi
  • Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
  • Fakulti Pendidikan
  • Fakulti Pengajian Islam
  • Fakulti Pergigian
  • Fakulti Perubatan
  • Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu
  • Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan
  • Fakulti Sains & Teknologi
  • Fakulti Teknologi & Sains Maklumat
  • Fakulti Undang-Undang
  • Graduate School of Business

[sunting]Institut

  • Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
  • Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)
  • Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS)
  • Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN)
  • Institut Perubatan Biologi Molekular (UMBI)
  • Institut Kajian Oksidental (IKON)
  • Institut Biologi Sistem (INBIOSIS)
  • Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI)
  • Institut Sains Angkasa (ANGKASA)
  • Institut Islam Hadhari
  • Institut Sel Fuel
  • Institut Kajian Etnik (KITA)
  • Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB)
  • Institut Kajian Perubahan Iklim

[sunting]Pusat

  • Pusat Perancangan Korporat dan Kepimpinan(PPKK)
  • Pusat Pengajian Umum
  • Pusat Pembangunan Akademik
  • Pusat Jaminan Kualiti
  • Pusat Komunikasi Korporat
  • Pusat Pengurusan Siswazah
  • Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi
  • Pusat Akreditasi Pembelajaran
  • Pusat Teknologi Maklumat
  • Pusat Kepimpinan Wanita
  • Pusat PERMATApintar Negara
  • Pusat Pemerkasaan Remaja
  • Pusat Kembangan Pendidikan
  • Penerbit UKM
  • Pejabat Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
  • Pejabat Pengurusan Risiko
  • Pusat Islam UKM 

[sunting]Senarai Kolej Kediaman UKM

[sunting]Perkembangan UKM

UKM telah mengeluarkan:

[sunting]Organisasi pentadbiran

Asasnya penubuhan sebuah Universiti adalah diketuai oleh DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan DYMM Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir. Baginda merupakan Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia ketiga. Sebagai jawatan kehormat yang tertinggi peranan utama baginda adalah sebagai lambang pengiktirafan sesebuah universiti ini.
Terdapat 3 orang Pro Canselor iaitu Tengku Tan Sri Dato’ Seri Ahmad Rithaudeen Al Haj bin Tengku Ismail, YAM Tunku Laxamana Tunku Dato' Seri Utama Naquiyuddin Ibni Almarhum Tuanku Ja'afar dan Tun (Dr.) Ahmad Sarji Abdul Hamid.
UKM mempunyai Lembaga Pengarah Universiti yang dipengerusikan oleh Tan Sri Dr. Zulkefli bin A. Hassan. Diperingkat pengurusan universiti, UKM diketuai oleh Naib Canselor yang dilantik oleh Menteri Pengajian Tinggi, dan dibantu oleh 4 orang Timbalan Naib Canselor (TNC), iaitu TNC Hal-ehwal Akademik &Antarabangsa, TNC Hal-ehwal Penyelidikan & Inovasi, TNC Hal-ehwal Pelajar & Alumni, dan TNC Hal-ehwal Jaringan Industri & Masyarakat. Selain itu terdapat 3 pegawai pengurusan utama iaitu Pendaftar, Bendahari dan Ketua Pustakawan. Dalam hal-ehwal pembangunan akademik ia dibawah tanggungjawab Senat Universiti.

No comments:

Post a Comment